Cili Padi dalam minuman? Sedap ke tak?

Hari Jumaat yang penuh berkat ni saya nak share kat korang yang craving makan makanan asli thai untuk cuba restoran Banngkok ni. Tak sampai beberapa bulan restoran ni dibuka dan mendapat kunjungan selebriti tempatan macam Nad Zainal. Mana tahu korang kalau datang kat sini terserempak dengan dorang kan. Boleh ambil selfie pic sesama. Tapi bukan itu yang saya nak cerita, semuanya tentang kualiti makanan tip top ada kat sini. 


Nampak gelojoh kan muka tu. Sebab terlampau sedap buat muka camtu. Bukan lakonan semata ye. Kat sini semua makanan adalah makanan yang influence thai. Owner dia kata, dia nak share rasa makanan street yang kat Thailand tu untuk dirasai oleh orang marhaen cam kita. Sebab kalau ikutkan pasaran makanan Thai kat Malaysia ni price dia melambung - lambung tinggi kan. 


Ni dia view kedai depan restoran yang akan membuatkan korang ketagih nak datang makan lagi tau. Cantik je dia guna warna hitam tu. 


 One of the design dalam restoran yang cukup unik dan santai. Simple but nice right?


Menu pertama yang saya rasa adalah Pad Kra Pow Kai Rice ni iaitu hidangan ringkas popular kalau korang berkunjung ke restoran makanan thai. Menggunakan basil atau daun selasih dalam hidangan ni, dengan campuran sos yang pelbagai, memang sedap. Hidangan ini disediakan dengan Telur Mata dan Sos Ikan + Cili Padi kalau yang ingin makan pedas. 


Seterusnya yang suka makan ikan boleh order Siakap Kaeng Som Pla. Tekstur kuah sedang, tak pekat or cair. But rasa dia slighly macam rasa kuah pindang. Rasa masam dan pedas sesuai makan dengan nasi panas.


Thai Ho Mok Steam seafood ini adalah hidangan laut seperti lala dan ketam, dimasak dengan kari thai dan dimasukkan telur dan distim. Tekstur kuah pekat, pedas sikit dan lembut (tekstur telur stim dan isi kelapa).


Akhir sekali untuk hidangan makanan berat, korang boleh try mee hijau ni. Rasa kuah lemak dengan mee halus memang sedap. Nampak pelik je, but saya jamin korang mesti suka menu ni.


Untuk penghilang dahaga, saya disajikan beberapa minuman yang pastinya akak buat tekak korang lega minum ni. Yang pertama adalah Thai Lime Mojito ni. Dont worry, cili padi tu hiasan je, dia tak tumbuk pun dalam tu. Rasa segar dengan daun limau dan ada bubble orange dalam tu. Sedikit garam juga diletakkan di sekeliling cawan tu. Dont worry tak masin ye.


Restoran Thai memang popular dengan Teh Thai kan. Ni satu improvasi yang dilakukan owner restoran, iaitu gabungan teh thai dan kelapa. Sekali sedut rasa teh, dua kali sedut rasa kelapa.. erkk.. camne tu. Entahlah, rasa tu memang sedap kot. Jangan lupa cuba menu ni tau.


Selain teh, thailand juga popular dengan hidangan pencuci mulut iaitu ais krim kelapa. Kat sini pun ada tau. Ais krim kelapa dengan pulut dan jala emas memang sedap. Rasa lemak berkrim dan sedap je kat tekak. Makan ni lepas makan kesemua juadah yang disajikan memang tak muak. 
ALAMAT 
Setapak 56-G, Platinum Walk, No.2, Jalan Langkawi, Kuala Lumpur, 53000, Malaysia
Tel : 013 - 393 6529
Facebook : Banngkok
Waktu Operasi : 12.00 PM - 12.30 AM

Tak puas dengan review bertulis? Boleh tengok video kat sini KLIK


Follow Akaun Rasmi Roy Cari Makan
Facebook : Roy Cari Makan
YouTube : Roy Cari Makan
Instagram : Roy Cari Makan




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.