Oblong Burger Station, Melaka

Assalamualaikum semua, harini saya nak share kat korang port makan best kat Melaka. Yelah, biasanya Roy pergi makan area Kuala Lumpur dan Selangor je kan. Alhamdulillah, saya dapat jemputan untuk makan kat sebuah tempat makan 'sempoi' yang kalau waktu siang nampak macam biasa je. Lokasi betul - betul kat tepi jalan, dan telah diusahakan dah lama dah. Borak - borak dengan owner dia abang Rozwan @ Wan, kedai makanan ni memang telah beroperasi daripada dia berniaga stall sehinggalah mampu membuka sebuah kedai makan yang gah dan digemari penduduk sekitar. 

Kalau korang yang first time datang ke Melaka, nak singgah ke tempat makan western bolehlah berkunjung ke restoran ni. Yelah kan, takkan nak makan asam pedas je kat Melaka ni. Cer cuba tukar selera tu pula makan western. Makan kat sini korang takkan rugi. Percayalah. 


Kat sini ada lebih 40 jenis burger yang akan buat korang confuse nak pilih. Memang pilihan banyak dan unik - unik. Rambang mata dan otak nak pilih kot. Harga yang ditawarkan pun tak mahal. Berbaloi dengan poket korang yang nak makan bersama keluarga tu. 


Makanan pertama yang saya cuba kat sini adalah Burger Panini iaitu sejenis burger yang cukup unik. Bun yang digunakan bukan sekadar roti biasa tapi campuran herba dan keju parmesan. Roti gebu dan rasa berlemak. Burger ni ada pilihan ayam/daging/kambing ikut selera korang nak makan apa. Extra cheese kat atas burger dan dalam burger ni. 


Seterusnya, saya dihidnagkan dengan menu Burger Dim Sum yang superb delicious. Kenapa saya kata camtu, sebab saya penggemar pau dan tekstur roti dia seakan - akan macamtu. Selain guna bun dim sum, kat dalam burger dia ada kepingan keju, patty kambing dan telur mata goreng (burung puyuh). Comel je nampak telur mata tu. 


Puasa haritu viral dengan Pau Cendawan kan. Ha, ni dia versi burger plak. Selain patty yang juicy, kat burger ni ada hirisan cendawan dan bawang yang telah dimasak bersama butter dan dilimpahkan dengan sos keju. Takkan ada yang nak tolak makan menu ni. 


Untuk korang yang kaki kambing. Korang boleh try ni. Selalunya makan rib lembu je kan, cer try makan ni. Sure terangkat dengan keenakan hidangan istimewa Oblong Burger Station. Daging kambing lembut dan tak berbau. Ditambah pula keenakan sos lada hitam yang sure pekat, likat dan sedap. Berbaloi makan. 


Akhir sekali saya dihidangkan dengan menu Nasi Goreng. Tekak melayu kan. Tak sah kalau tak makan nasi. Dan hidangan ni memang sesuai untuk korang yang gemar ratah lauk. Lauk lagi banyak dari nasi kot. Tapi sure mengenyangkan. Nasi goreng dia memang sedap, ditambah pulang dengan ada udang dan sotong celup tepung, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Sama macam kalau masak kat rumah. Cukup rencah dan rasa. 

ALAMAT 
Lot 2424, Jalan Pokok Melaka
Melaka, Malaysia
No Tel : 012 - 332 6107
Waktu Operasi : 5.30 PM - 2.00 AM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.