Sotong Sumbat Telur Belangkas

Lama dah tak update story makan kat sini. Maklumlah dah busy dengan page Facebook RCM Media yang makin hari makin banyak follower. Penat juga jadi admin page ni, nak kena reply or like comment likers. Lagi banyak like dan comment, banyaklah reach organic yang dapat view post tu. Oh lupakan kisah kesibukan kita ni, just nak share hidangan yang bentuk macam predator tu iaitu belangkas. 

Scary Kan Ghupe Belangkas Ni !
Walaupun bentuknya menakutkan, namun disebalik kehodohan belangkas ni, tersingkap keenakan yang memang tak dapat dilupakan iaitu telurnya. Telur belangkas ni berwarna kehijauan apabila belum dimasak dan mendapat permintaan yang tinggi bagi sapa yang suka atau pernah rasa. 

Telur Belangkas Mentah 
Kalau kat area Selangor, Kuala Selangor memang port yang banyak jual hidangan belangkas. Tapi aku tak nak share kat sana, nak jauhhh ke bawah iaitu Johor. Kat Johor tempat famous Belangkas ni area Kota Tinggi, tapi port yang aku nak share kat Senai.

KUALI BELANGKAS POWER, tu ha nama restoran yang aku nak share. Lepas je aku shooting kat sana, dan upload video terus viral. Lebih dari 2 juta view dan 6 ribu share kat facebook. Memang powerr kan. Makanan kat sini main dia adalah belangkas, tapi ada macam - macam makanan lain gak. Udang Galah pun ada. Tapi the best adalah belangkas, dengan setiap harga hidangan seekor yang siap dimasak berharga RM35. Not bad sebab belangkas dia bapak besar dan telur pun banyak. So, kalau nak order pilih apa yang aku makan ni. Confirm kecur liur korang.

Sotong Sumbat Telur Belangkas
Ni bukan hangus tau, ni effect sos lada hitam yang glaze kat atas masa bakar. Nampak cenonet je saiz kan, tapi fuhhhh besar dan mengenyangkan. Saiz sotong XXL macam saiz aku je.  Dalam sotong ni, telur belangkas dicampurkan dengan bawang, halia dan garam sikit, bagi rasa umphhh kat isi dia. Dip plak dengan sos homemade yang ala - ala thai tapi pedas nak mampus. 

Kerabu Belangkas
Yang suka makan ala thai, korang patut try ni. Rasa masam, manis dan lemak dalam satu rasa. Kecur liur bila taip ni. Siap masuk dalam plate tengkorang belangkas lagi, rare kan.

Masak Lemak Belangkas
Ni hot seller kat sini. Memang bila korang rasa, dapat rasa pure santan dan lemak kuah serta telur belangkas. Pedas - pedas sikit, tapi x seover pedas mulut aku. Hahahah.

ALAMAT 
Restoran Kuali Belangkas Power


No 5, Jalan Senai 1, Kampung Baru Senai

81400 Senai, Johor, Malaysia






1 ulasan:

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.