Warong Bistro, Kuala Lumpur

Masak Lemak dan Daging Salai sememangnya antara juadah popular yang menjadi bualan mulut masyarakat Malaysia. Sebut sahaja masak lemak, pasti kita akan teringat Negeri Sembilan yang sememangnya popular dengan menu ini. Kalau anda penggemar masak lemak, saya nak perkenalkan anda ke sebuah restoran di ibu kota iaitu Warong Bistro


Tidak seperti restoran - restoran "hipster' yang mempertaruhkan konsep unik dan lain daripada lain, restoran ini masih mengekalkan konsep makanan dan restoran melayu yang anda biasa kunjungi. Bagi retsoran ini ianya mempertaruhkan juadah masakan panas untuk makanan tengahari dengan harga yang berpatutan.



Pelbagai jenis menu masakan kampung anda boleh dapati dan salah satu menu yang menarik bagi saya ialah menu Daging Salai Masak Lemak Mangga. Pertama kali dengar masak lemak campur dengan mangga. Kalau anda penggemar hidangan masak lemak, anda patut cuba di sini. 




Kalau anda singgah ke restoran ini, jangan lupa untuk merasai menu Ayam Penyet dan Bihun Sup Tulang yang memang terbaik. Ayam penyet di sini dihidangkan panas - panas dan sambal dia memang pedasss. Pastikan kalau nak makan, standby segelas air ais untuk hilangkan kepedasan. Tapi petua dulu-dulu kata nak hilangkan kepedasan minum minuman panas kan.  




ALAMAT : 
Jalan 11/144a, Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
NO TEL :
012-692 5801
FACEBOOK :

* Untuk review restoran dan makanan jangan lupa saksikan segmen Roy Cari Makan setiap Sabtu di Nasi Lemak Kopi O TV9


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.