Wood & Steel, Kota Damansara

Sekarang ni, restoran dan kafe lebih memfokuskan kepada interior design dalaman selain makanan bagi menarik minat pelanggan. Maklumlah, dengan dunia teknologi ini, ramai yang datang menjamu selera lebih gemar untuk upload makanan dan keunikannrestoran sebelum menjamah makanan. Oleh sebab itu, sekarang ni Kafe dan restoran baru di negara ini menonjolkan konsep unik seperti penggunaat pallet kayu dan bahan terbuang sebagai salah satu daya penarik untuk pelangggan datang ke kafe mereka. 

Daripada banyak - banyak kafe yang berkonsepkan penggunaan barangan kayu, saya memang tertarik untuk highlight Kafe Wood & Steel ni. Cawangan yang saya singgah ni kat Kota Damansara, berhadapan dengan Giant Kota Damansara. Ada beberapa cawangan lagi kafe ni kat Kuala Lumpur. Tapi saya tetap pergi ke sini sebab dekat dengan kawasan office. 


Istimewanya kafe ni, perabot kayu yang digunakan sangat unik dan rare. Gabungan antara bahan lama digabung bersama kepingan kayu terus terbentuknya perabot memang membuatkan sesiapa yang datang terkesima dengan keindahan seni ukiran kayu di kafe ni. Manakan tidak, salah seorang pemilik kafe inilah yang hasilkan idea unik ni dan mereka ada galeri jualan khas untuk orang ramai yang nak beli perabot unik ni. 







Selain daripada konsep unik, tentulah yang saya paling suka sangat iaitu masa makan. Kalau anda seorang penggemar makanan western, anda patut datang ke sini mencuba pelbagai variasi makanan sambil menikmati secawan kopi hasil air tangan barista di sini. Makanan dan kopi memang ngam.


Antara makanan yang paling sedap ada kat sini ialah Creamy Butter Tempura. Nampak macam carbonara tetapi bukan ye. Kuah dia lemak berkrim, ada unsur asia dengan gabungan rempah dan daun kari. Ditambah pula dengan tempura kat atas tu.. Fuhhh menjilat garfu betullah.


Untuk yang katanya nak diet dan nak kurangkan makan berat. Ni dia stuffed chicken, iaitu dada ayam yang berintikan sayuran. Rasa light je makan ni sebab buakn saja sedap tapi berkhasiat. Untuk penggemar burger, ada beef burger untuk anda rasa. Patti yang besar dan panas2 dihidangkan untuk anda. Kecur air liur tengok ni tau !!!




ALAMAT :
The Strand, 33G, Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
TEL :
03-6151 8081
FACEBOOK :
WOOD & STEEL 

* Untuk review restoran dan makanan jangan lupa saksikan segmen Roy Cari Makan setiap Sabtu di Nasi Lemak Kopi O TV9












Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.