Patin Tempoyak Murah kat Airport Subang

Patin Tempoyak memang sinonim dengan Pahang. Ramai yang nak makan hidangan ni perlu menempuh perjalanan selama beberapa jam untuk mencuba hidangan asli Pahang ni. Namun, sekarang dah tak perlu dengan adanya kedai makan yang menjual hidangan asli negeri pahang betul - betul bersebelahan dengan landasan Lapangan Terbang Subang iaitu Restoran Mokde. 


Restoran ni terletak di kawasan Kampung Melayu Subang dan nak cari senang je, kalau dari arah airport, restoran terletak belah kiri (Tak dapat cari juga, waze sudah). Kat sini makanan dia mostly makanan asli negeri pahang yang mana semua bahan iaitu bahan mentah macam ikan dan udang diambil dari pembekal kat Pahang. Antara menu killer yang harganya cukup murah adalah Patin Tempoyak 


Kuah pekat dan rasa manis ikan patin, keluar peluh jantan makan kat sini. Berpinggan - pinggan tambah nasi ye.


Selain patin tempoyak, menu pais patin petai ni juga menu feveret pelanggan dan memang akan 'sold out' kalau lambat datang. Rasa sambal pais yang pedas dengan campuran petai, membangkitkan selera untuk yang suka makanan melayu. Confirm datang lagi kalau makan kat sini. 


Asam Pedas kat sini juga terbaik daripada segi rasa dan kesegaran ikan yang digunakan. 


Peminat makanan pahang mesti kenal dengan ikan ni kan. Harganya memang macam ni ye. Sebab nak dapat punya susah dari Sungai Pahang. Rasa rangup kat luar, manis kat dalam. Yummy

ALAMAT
Jalan Lapangan Terbang Lama, Kampung Baru Subang
Tel : 016 - 279 6885
Tak puas dengan review bertulis ? Boleh tengok video kat sini KLIK


Follow Akaun Rasmi Roy Cari Makan
Facebook : Roy Cari Makan
YouTube : Roy Cari Makan
Instagram : Roy Cari Makan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.