Dapat Rasa Cendol Orang Jepun

Hi assalamualaikum semua, ok ni nak share kat korang port makan best kat Muar, Johor. Tapi kedai ni bukan kedai sate or mee bandung, tapi ianya adalah kedai berkonsepkan makanan jepun. Ya, ingat orang KL je nak makan makanan Jepun? Hahahhaa. Nama kedai dia ...

Restoran Hararu Sushi nama diberi yooo
Kat kedai ni dah memang popular dengan pelbagai jenis sushi yang sedap - sedap dan harga berpatutan diusahakan seorang usahawan muda. Mula beroperasi beberapa bulan lalu, persinggahan saya ke sini membawa perut yang kosong untuk dipenuhkan dengan makanan - makanan recommended from big boss dia. 

Tanglung ada efek elemen jepun 

Segelas green tea penghilang dahaga
Kat sini harga makanan kalau dilihat agak murah dan berbaloi berbanding konsep serta makanan sama yang dihidangkan di restoran jepun ternama. Jadi memang datang kat sini selain korang dapat makanan jepun yang 'pure' poket korang pun tak kopak sangat.

Sushi Goreng Tempura RM 9.90
Ni makanan first yang singgah kat mulut. Rasa dia, masyallah sedapnya. Sedap kalau korang makan panas - panas. Rasa campuran kerak tempura, serbuk cili jepun, mayonaise jepun dan tuna memang ngam - ngam je. Kriuk - kriuk bunyi bila masuk dalam mulut. 

Siakap Stim Ala Jepun RM 45.00
Bilamana korang bawa mak ayah yang x ser'urban' korang. Mesti dorang tak nak makan sushi kan. Ha, kat sini bagi je dorang makan ikan siakap stim ni. Sesuai untuk yang tekak melayu sebab ada mix rasa jepun. Siakap stim ni dicampurkan dengan kuah yang diperbuat daripada Miso Paste ) Fermented Soy Bean) dan dicampurkan dengan hirisan halia, cili dan daun ketumbar. Set ni sesuai dimakan seramai 4 orang sebab portion dia yang besar. 

Cendol Jepun @ Mochi RM 9.90
Haaa, ni dia yang ditunggu - tunggu. Nampak macam pelik kan bila cendol dicampur dengan mochi sejenis kueh (yeke) yang diperbuat daripada tepung pulut berinti kacang merah. Tapi bila ngap je, tak terkata nak cakap apa. Tak pelik atau takleh masuk terima tekak sebagainya, sebab rasa dia ngam. Lagi satu, cendol ni santan dia cukup pekat dan lemak. Sesuai makan masa time panas - panas untuk penghilang dahaga. 

Green Tea With Red Bean Mousse Cake
Selain daripada pelbagai jenis hidangan sushi kat sini, yang suka manisan boleh try pelbagai jenis kek yang yang sedap - sedap macam cheesecake, brownies dan yang kat atas ni Green Tea Mousse Cake. Sangat smooth dan tak terasa manis sangat.

ALAMAT
Hararu Sushi 
No 39, Jalan Perniagaan Jaya 3, Pusat Perniagaan Emas Jaya, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor

Tel : 06 - 950 7012










Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.