Patin Tempoyak Campur Buah Strawberry

Patin Masak Tempoyak memang semua tau keenakan dan kelemakan rasa hidangan ini. Makanan popular Pahang ini sudah tidak janggal untuk disebut dan diperkenalkan kerana rasanya yang tiada tandingan. Tapi apabila buah strawberry diletakkan dalam kuah patin masak tempoyak, sedap ke? Ni inovasi serta rekaan pihak sebuah kedai makan kat Cameron Highland. 

Buah Strawberry Yang Fresh 
Sebuah kafe yang terletak di dalam YZ Farm menghidangkan pelbagai jenis menu berasaskan buah strawberry ini. Dari ais krim strawberry, strawberry cicah coklat sehinggalah menu popular pahang iaitu Patin Tempoyak Buah Strawberry. Haaa, pelik kan. Tapi jangan risau, saya dah rasa, masyallah sedap gak. Tak jauh beza dengan yang asli. Kuah dia pekat, dan rasa masam sikit sebab ada buah strawberry yang banyak.

Patin Tempoyak Buah Strawberry
RM 12 - 15
Mesti ada yang rasa macam pelik je menu ni kan. Kalau korang tak cuba mana nak tahu sedap. Oleh kerana lambakan buah yang banyak, ni boleh dijadikan salah satu tarikan untuk orang ramai datang ke kedai makan ni. 

Sambal Hitam Buah Strawberry
RM16
Lagi satu inovasi makanan kat sini adalah sambal hitam yang kebiasaanya menggunakan belimbing bulu, ni digantikan dengan dengan strawberry. Rasa??? Tak berbeza pun dengan yang asli. 

Nasi Lemak 

Sambal Strawberry
Kat sini, Nasi Lemak pun dah advance dengan ada buah strawberry. So rasa sambal dia masam-masam manis dan pedas macamtu. Not bad. 

Minuman Wajib Strawberry Shake
So overall, makanan kat sini boleh kira unik tapi semuanya sedap. Selain makan kat sini dikelilingi dengan ladang strawberry yang sejuk mata memandang. 

ALAMAT 
YZ Farm & Cafe
Cameron Highlands No.22, 
Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Tel : 019 514 6377

Full Video Review 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.