Buffet Pizza, bayar sekali, makan sepuasnya

Steamboat atau Grill Buffet dah biasa, tapi korang pernah rasa tak pizza yang dijadikan buffet. Yes, harini Roy nak share port yang korang boleh buat reunion, birthday party or saje nak lepak tapi bukan makan ayam grill or menu steamboat, but pizza. Mungkin agak janggal kita dengar kan, bila pizza di jadikan buffet. Tapi inilah antara kelainan yang ada bila korang datang ke Pizza Recipe.


Restoran berkonsepkan buffet ini menawarkan hidangan utama pizza sebagai WOW FACTOR untuk pelanggan datang makan kat sini. , mengambil idea daripada eropah, ianya memang sesuatu yang baru. 


Suasana yang santai dan tak terlalu 'crowded' menjadikan restoran ini yang baru dibuka september lalu boleh dijadikan lokasi pilihan. 



Bagi korang yang first time datang kat sini, ada lebih 25 jenis topping yang korang boleh pilih dengan pelbagai jenis sos untuk pizza antaranya paste tomato, mayonnaise, barbecue sauce dan banyak lagi. 


Hanya ikuti 4 langkah mudah untuk anda yang ingin menikmati pizza hasil air tangan sendiri. YelH, kalau beli pizza yang dah siap tu, ordernya dah mahal, dan toppingnya sikit pula. Kat sini, puas makan pizza dan menu lain macam ayam goreng, spaghetti, nasi goreng, ais krim dan pelbagai menu pencuci mulut yang lain. 


Nak makan ? Korang boleh dapat diskaun dengan LIKE page facebook dorang.

* Restoran ini BELUM LAGI MEMPUNYAI SIJIL HALAL JAKIM, tetapi KESEMUA bahan yang digunakan diperoleh daripada PEMBEKAL yang mempunyai SIJIL HALAL
* Buat masa ini, pihak restoran tengah berusaha untuk APPLY SIJIL HALAL JAKIM. Dan ianya mengambil masa yang tertentu sebelum mendapat pensijilan halal JAKIM. 


ALAMAT

No 7 & 9, Lorong Tiara 1A, Bandar Baru Klang
Klang, Selangor

Tel : 03 - 3358 7733

Tak puas dengan review bertulis? Boleh tengok video kat sini KLIK

Follow Akaun Rasmi Roy Cari Makan
Facebook : Roy Cari Makan
YouTube : Roy Cari Makan
Instagram : Roy Cari Makan









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.