Grand Seafood, Kempas, Johor Bahru

Kalau datang ke JOHOR terutamanya yang berada di Kempas tak sah kalau tak singgah menikmati menu di Restoran Grand Seafood yang menghidangkan pelbagai jenis makanan laut SEGAR,MURAH & SEDAP. Kenapa saya kata sedap? Sebab saya sendiri dah merasai kesemua menu POPULAR.
CAWANGAN JUARA SEAFOOD?
Kalau area JB tu sapa yang tak mengenali makanan sedap kat Juara Seafood. Nak bandingkan makanan kat sini dan kat sana? Rasanya owner adalah daripada keluarga yang sama, cuma Grand Seafood ni ada konsep berlainan daripada cawangannya yang lain. Dan restoran ini telah diusahakan oleh anak muda yang baru berumur lingkungan 20an.

LOKASI
Berhadapan Hospital Permai dan bersebelahan De Cabin.

MENU PILIHAN
1. SIAKAP STIM LIMAU

Kenapa saya highlight siakap stim limau ni? Sebab rasa dia memang berbeza. Kalau yang selalu kita makan, siakap stim dia, kuah jernih dan masam only. Tapi siakap stim limau dia ada rasa masam, manis dan berkrim. Boleh hirup je kalau sedap sangatkan. Tips dan rahsia yang saya tengok kenapa kuah dia lemak, sebab gunakan suau cair sedikit dalam kuah dan menjadikan kuah tu lebih pekat.

2. KETAM TELUR ASIN


Ketam yang digunakan segar dan lainnya menu ni berbanding menu Ketam Telur Asin kat tempat lain adalah ianya berkuah dan tidak kering. So, korang boleh terus cecah ketam dan sedut is ketam. Mmmmmnya. 

3. UDANG MASAK BUTTER


Yang suka makan hidangan ni, rasanya tak perlu katakan lagi keenakan udang butter ni. Yang pasti, saya dapat rasakan kesegaran dalam semua menu yang dihidangkan. Fresh from sea katanyaaa . I can taste sweetness dalam setiap udang, ketam dan ikan. 

ALAMAT
Grand Seafood, Persiaran Kempas, Johor Bahru, Johor
FACEBOOK

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.