DINNER IN THE SKY MALAYSIA

Mungkin masa kecil dulu, anda pernah bayangkan menjadi watak Superman kan. Dapat terbang dan bebas ke mana-mana tanpa adanya sekatan, gangguan dan bayar tol.. Opsss. Sekarang ni pun anda boleh penuhi impian anda dengan menikmati makanan atas udara ye. Maklumlah dunia dah moden, apa-apa pun sekarang boleh. Tapi harini saya nak cerita pengalaman menikmati makanan atas udara. Mesti ramai dah sedia maklum dengan Dinner In The Sky Malaysia kan. Dah tercanang seluruh medium media massa dek kerana keunikannya. Untuk pengetahuan anda Dinner In The Sky ni yang PERTAMA di Asia Tenggara tau !!!

First of all memang tak nak pun naik benda ni sebab memang gayat kot. Rasa macam tak selamat je naik meja yang diangkat kren. Dup dap dup dap jantung. Tapi oleh kerana kita ni pengupload tegar Instagram dengan gambar- gambar yang cantik, jadi memberanikan diri jugaklah, untuk pengetahuan anda, Dinner In The Sky ni berlangsung selama 2 bulan dan bulan ni adalah bulan terakhir Ianya dibuka dan beroperasi. Lupa nak beritahu pula, lokasinya terletak di kawasan Menara Kuala Lumpur. So, siapa yang nak datang sini boleh masuk ikut pintu masuk Menara Kl je. Bayaran parking tu sendiri mau hingatlah ye.. Heheheh.

Oleh kerana Dinner In The Sky ni fully booked pada waktu malam (bulan Ogos), jadi kitaorang pun makanlah kat atas tu pada waktu lunch hour. OMG !!! Mesti ramai yang akan kata, tak panas ke? Memang panas dek non masa meja tu kat bawah lagi, tapi once kau dah naik atas, rasa sejuk je dengan angin sepoi - sepoi bahasa. Janji dapat makan free kan, confirm semangat walaupun panas pada awalnya. Kalau anda nak tahu harga untuk naik benda ni, pi lah jenguk website dorang ye, taip je dinnerintheskymalaysia.


Sebelum naik ke atas tu,  korang kena pakai seatbelt dulu ye. Maklumlah untuk menjaga keselamatan dan salah satu SOP sebelum kren mengangkat meja ni. Nampak kan muka takut dan cuak tu kan. 


Selain krew TV9, ada juga krew media datang dari Thailand, tapi tak pasti media mana sebab dalam masa tu tak hingat dah nak bermesra - mesra atas meja tergantung tu. Masa yang diambil untuk naik kat atas tu tak lama dalam 5-10 minit bergantung kepada ketinggian. Dan pada masa tu angin kuat, jadi ketinggian diturunkan untuk mengelakkan meja berpusing dan membahayakan nyawa. Nampak tak gadis thai belah kanan sekali tu, dia dan saya sama je , jenis yang gayat, kitaorang memang tak senyum kat atas tu. Orang buat lawak, kita tak ketawa pun sebab memang takut. Lupa pula nak minta no phone dia.. Hehehe.



Kalau dah kat atas tu, nilah menu pertama iaitu starter. Nama omoutih menu ni agak rare and tergeliat nak cakap, so dalam bahasa melayu kita sebut tiram mentah dengan garam himalaya bersama biskut dan sup tomato. Hahahah.. Kan senang walaupun namanya tak selima bintang dalam bahasa melayu, nampak mudah kan. Satu menu lagi ialah ikan salmon dengan porched daikon. Untuk pengetahuan anda, kesemua makanan ni adalah hasil air tangan chef dari Hotel Hilton Kuala Lumpur. Makanan yang dihidangkan di atas ni telah dimasak dan hanya untuk platting dan hiasan sahaja dibuat kat atas, sebab utama adalah masa yang terhad. Tapi makanan dia tetap terbaik. 



Jadi dah puas kan hadam info yang saya berikan. Ni saya nak belanja gambar saya makan pula. Enjoyyy yeee 





















  





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.