Burger Warisan, Sijangkang, Selangor

Orang sekitar Sijangkang Selangor mungkin pernah mendengar atau merasai keenakan makanan Barat di Burger Warisan kan. Maklumlah kalau makanan tu sedap, pastinya akan menjadi buah mulut orang ramai. Bermula sebagai pekerjaan Part Time menjual burger, siapa sangka rezeki anak melayu ini membuahkan hasil. Bekas pekerja AEON ini menumpukan 100% fokus dalam kerjayanya dengan berhenti dan mengusahakan restoran yang diusahakannya bersama isteri tercinta. 



MENU PILIHAN 1. GRAVOX AGLIO MEATBALL


Pernah rasa Meatball Ikea? Of coz korang pernah makan kan. Yang tak pernah makan tu tak dapatlah saya nak imaginasikan rasanya. Tapi memang rasa meatball kat sini lagi SEDAP dari kat IKEA tau. Sebab apa saya cakap camtu, reason dia adalah keenakan sos keju yang MARVELLOUS wei? Dahlah PEKAT, PANAS dan penuh rasa KEJU. Kalau yang DIET tu tak yah lah acah - acah tak makan. Kau akan craving lepas makan ni. Believe me ! Set ni disediakan dengan Bebola Daging + Kentang Goreng + Brokoli + Lobak yang dipanaskan di dalam periuk tanah. 

2. BROZIELA BURGER GRILL


Kalau yang nafsu kuat makan tu, baik pilih set burger bakar ni iaitu Broziela Burger Grill. Kat sini, semua patty homemade. Untuk rasa lain dari yang lain, saya order patty Rusa. Rusa? Ya Rusa? Rare kan?  Apa yang saya perasan patty kat sini, ianya padat dengan daging, not only extra sampah like tepung or bread crumb camtu, rasa juicy daging memang terbaik. Set ni, kalau tak kenyang jugak, jangan risau, sebab dia datangkan dengan Sosej Jumbo dan Kentang Goreng. Terbongkang kekenyanganlah lepas makan ni. 

3. LAMB GRILL

Last menu yang masuk ke perut ni Lamb Grill. Yes ! Kambing tu confirm lah lembutkan. Dengan keenakan sos blackpepper memang terangkat wei. Siapkan perut korang dan duit sekali tau. Jangan risau, harga makanan kat sini level MURAH dan BERBALOI

ALAMAT
Burger Warisan, Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang
FACEBOOK 
TEL : 016 - 6344 321

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.