Kerabu Bronok Geli Tapi Wajib Makan

Persinggahan ke Pulau Langkawi awal bulan ni memang pengalaman yang cukup 'ngeri' bagi aku. Mana tidaknya bila dapat makan makanan yang banyak walhal nak diet. Habis punah dietkan. Dahlah makanan dan percutian ni kena taja, so all free lah. Tinggal tadah mulut je nak makan. Tapi dalam kengerian tu, lagi ngeri bila ko kena makan sesuatu yang tak familiar which is bizarre food. Salah satunya ialah Bronok aka adik sedara gamat si cacing laut. 

Firs day sampai kat Langkawi tu, sebelum shooting kenalah 'recee' lokasi. So, aku yang super daif dan naif amat ni pergilah makan lunch kat Restoran Siti Fatimah ni. Duk tanya kat owner yang memang mesra dan penuh dengan senyuman. Kenapa aku kata mesra, sebab selalunya orang akan nampak pelik dan buat muka pelik bila dorang tengok Bigfoot masuk kedai dorang, tapi owner dia sempoiii. Hahaha, ni imaginasi aku je, so abaikan. Berbalik kepada kisah bronok ni, owner dia bagilah makan, dan cerita tentang sejarah bronok ni yang memang popular sehinggalah kepada kekayaan penjual bronok mentah yang pakai keta mewah hasil jual bronok. Khusyuk je dengar sambil makan - makan. Rasa kerabu dia sedap gak, ada masam - masam dan masin from bronok tu. Rasa bronok ni agak kenyal dan ianya hanya sesuai dibuat kerabu kerana bronok akan cair bila dimasak menggunakan suhu.  

Kerabu Bronok Yang Menggiurkan Deria Kau 
 Makan dan makan, sehinggalah hari keesokannya shooting pun bermula. Apa benda ni ?


Hi, sayalah Bronok
Korang bayangkan benda ni ada kat atas meja sambil shooting tu, yang rasa enak sebelum ni makan, rasa macam 55%^*&.  Bukan apa, tekstur dia yang 'comel' tu buat rasa selera potonglah. Nyesal minta owner bagi tengok yang real (sebelum ni x google pun gambar bronok ni). Tapi memang sedap. RM1 Je sesudu Kerabu Bronok ni. Kalau korang kesini, jangan lupa order Sup Gamat & Air Nira Nipah, layan gak.

Sup Gamat (Gamatnya Mana?) Tu yang haluiihh. Mahal kot sekilo ni

Manis dan menyegarkan .. blurghhh

ALAMAT 
Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik,
 Kawasan mata Air, Ulu Melaka, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah

Tel : 04 - 955 2754







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.