Miami Grill, Sunway Pyramid


Misi mencari makan untuk minggu ini diteruskan dengan menikmati menu Philly Cheese Steak iaitu menu jalanan popular di Amerika Syarikat. Jikalau di negara kita, pisang goreng cheese, lekor dan ubi goreng dijual di tepi jalan, di US menu nilah yang menjadi kegilaan. Lokasi untuk anda yang nak datang ialah di Restoran Miami Grilł yang terletak di Sunway Pyramid, bersebelahan dengan Seoul Garden.


Untuk pengetahuan anda, restoran ini milik bumiputera dan satu- satunya cawangan Miami Grill HALAL di Asia. Kedatangan anda ke restoran ini diserikan dengan berkumandangnya muzik pitt bull dengan susun atur restoran yang ringkas namun nampak mewah. Buat anda yang nak datang bawa famili dan dating juga sesuai. Luar dan dalam restoran dan cantik... Jom kita tengok menu apa yang paling famous kat sini.

1. Philly Cheese Steak
Menu "killer" Miami Grill yang memang sedap. Didatangkan dengan dua jenis inti iaitu pilihan daging atau ayam. Rotinya yang lembut, inti yang sangat sedap hasil gabungan cendawan, capsicum dan bawang besar yang telah di "caramalised" serta ditambah keenakan keju. 

2.  Burger !!!
Keenakan burger di sini memang tiada tolak bandingnya. Patty burger yang sangat sedap dan fresh, saiz yang besar, ada onion ring diapit bersama patty daging, jalapeno sos dan dua bun yang lembut... Heavennnn.

3. CHICKEN WING
BBQ Chicken Wing pun sedap. Kalau anda tak nak makan berat, ni menu yang patut cuba. 

 

Alamat : Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150
 
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10.00 am - 10.00 pm)

Tel : 03 56133363

Facebook : Miami Grill







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.