Dwap Barbarian, Shah Alam


Kalau anda penggemar makanan yang bersaiz besar dan mengenyangkan, apa kata anda datang sendiri ke Restoran Dwap Barbarian yang terletak di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam. Konsep makanan disini agak bersaiz besar, dan kalau anda penggemar dan memang terasa ingin menikmati makanan dalam kuantiti yang banyak. This is the right place for you.

Meskipun baru setahun lebih membuka restoran ini, ianya langsung tidak mengecewakan daripada segi rasa dan kuantiti makanan yang dihidangkan, setanding dengan harga yang ditawarkan kepada pelanggan.Bro Yaser iaitu salah seorang owner restoran ini sememangnya agak cerewet dalam kualiti makanan yang disediakan di restoran ini, bak katanya, kualiti apa yang kita makan, kita berikan kepada pelanggann.

Kalau anda datang ke sini, memang mata anda akan tertumpu kepada siaran "food channel" yang disiarkan di restoran ini, nampak unik dan tentunya lain dari yang lain. Kalau restoran lain menyiarkan siaran bla, darama ataupun muzik video, di sini santapan mata anda disaji dengan "food channel" ini.

Kedatangan saya ke restoran ini, adalah semestinya untuk review makanan sedap yang ada disini. Ini antara "the best' menu yang mereka ada untuk anda lihat sendiri.

1. Burger Cili
Burger Cili atau istilah westernnya Chillies Burger ini adalah sesuatu yang baru bagi saya. Ingatkan cili hanya diletakkan di dalam lapisan burger, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Beef Patty campur cili, anda boleh bayangkan betapa pedasnya burger ini dan tentunya sedap. Patty yang juicy serta rasa daging hasil resepi sendiri membawa burger ini ke satu tahap yang umphhh.. I can't describe betapa sedapnya menu ni. 

2. Viking Sandwich 

Nama viking pun dah menunjukkan betapa besarnya menu ni. Wrap ini adalah gabungan daging bakar yang tekstur seperti dicarik - carik, jalapeno cheese, nacho dan warp tortilla. Sekali rasa memang terangkat dengan viking sandwich ni. Apa yang istimewanya menu ni, daging bakar memang berempah dan lembut. 

3. Nacho Libre
















Ni dia antara hidangan pencuci mulut "killer'. Kalau anda pernah rasa Cornflakes Madu, rasa Nacho Libre ni hampir sama. Manis, masin dan masam .. semuanya ada. Gabungan ais krim, coklat cair, nacho dan madu. Lain daripada lain.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.