Big Brothers, Bangi Gateways

Kalau anda jenis yang tak main makan dengan saiz hidangan kecil, anda patut datang ke Restoran Big Brothers ni yang menyajikan makanan berkonsepkan 'WESTERN' yang bersaiz besar dan berbaloi untuk perut yang kelaparan. Mungkin ramai yang dah biasa dengan restoran ini yang kini mempunyai beberapa cawangan antaranya di Kota Damansara, Shah Alam dan Bangi. Tapi mungkin menu yang anda pilih selalunya 'CHICKEN CHOP' takpun 'LAMB CHOP' kan? 

Ada juga spesies manusia yang tak selera kalau tak makan nasi kan? Mungkin satu dalam seribu yang gemar makan nasi dan memerlukan nasi dalam setiap hidangan yang dimakan. Jangan risau sebab kat sini ada pilihan nasi yang memang sangat sedap dan unik iaitu NASI KEJU (Chicken Cheese Baked Rice).


Mungkin ada yang pelikkan? Bak kata pepatah 'Tak Cuba, Tak Tahu' !! Mungkin pelik gabungan ASIA & WESTERN. Tapi PERCAYALAH ianya salah satu hidangan sedap yang ada kat sini. Gabungan Nasi yang dimasak bersama BUTTER, dan diletakkan WHITE SAUCE serta KEJU MOZARELLA dan DAGING AYAM memang patut anda cuba. PERHATIAN : Dah dapat nasi ni, terus ngap ye.. sebab kalau dah sejuk anda akan muak. 



Menu KEDUA yang saya rasa kat sini adalah hidangan SALMON yang cukup lemak, sedap dan unik. Orang kata, kalau makan IKAN kulit jadi nampak muda. Betul kew??? Berbalik kepada hidangan ini, sememangnya sesuai bagi anda yang sukakan SEAFOOD sebab apa? Sebab utama dia adalah ikan salmon yang digunakan tak hanyir dan segar. Rasa sos dia lemak - lemak sikit. 



 Seterusnya, hidangan AYAM tak sah kalau anda tak cuba CHICKEN ALA KIEV  ni yang menggunakan ayam yang dibalut dengan BREAD CRUMBS dan digoreng, kemudian dicurahkan dengan sos istimewa. Tak tahu nak kata apa dah. Memang SEDAP !!!



Akhir sekali, untuk penggemar makanan STEAK, anda patut cuba hidangan daging yang ada kat sini kerana memang daging yang digunakan tidak DIGORENG tapi DIPANGGANG. Satu tips yang OWNER ni kongsikan kalau makan STEAK, tak ada bentuk garisan pada daging, CONFIRM daging tu digoreng sahaja.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.