Mini Mini Cafe Mid Valley

Kalau kecil - kecil dulu mesti anda teringat pengalaman bermain patung kan. Main kahwin - kahwin, main masak - masak dan banyak lagi dengan patung tu. Kalau yang ibubapanya berkemampuan bolehlah dapat patung comel macam Barbie Doll, tapi yang kurang berkemampuan, patung kertas pun jadilah kan. Asalkan namanya patung. 

Patung kertas ni popular dulu - dulu

Berkonsepkan Hiasan Patung - Patung Comel

Kalau anda singgah ke Mini Mini Cafe yang terletak di Mid Valley ini, jangan pelik atau hairan dengan jumlah patung yang comel tersusun rapi di bahagian rak. Ini bukan kedai jual patung ye, tapi jual makanan. Tapi tak kisahlah, sambil makan anda boleh tengok kepelbagaian jenis patung yang cute datangnya dari luar negara. Kalau anda berminat, anda boleh belinya juga di sini. 










Comelkan ? Rasa nak bawa balik satu koleksi je balik rumah. Kalau mampu, apa salahnya.

Makanan Unik & Harga Berpatutan

Dah nama pun cafe, tak sah kalau tak merasa makanan yang disediakan disini. Pelbagai menu hidangan moden, melayu, western dan fusion ada dijual. Sebut je nak makan apa, rasanya semua ada kat sini. Kalau anda yang 'poket kering' boleh pesan menu promosi hanya RM 9.90 iaitu hidangan terpilih dengan air minuman. Si boleh save bajet dengan ekonomi yang mencanak naik ni kan. Okeylah, ini antara menu 'killer' yang anda patut cuba antaranya :

Jacket Potato 


Kalau yang jenis gila kentang tu, korang patut cuba keenakan menu ni. Gabungan kentang, hirisan ayam, sos tomato dan keju memang sedap tatkala dimakan panas-panas. Tapi jangan makan terus tau, tiup dulu, naya lidah terbakar pula kalau gelojoh macam tak makan setahun. Dengan hanya harga RM 15.90 ini, korang akan dapat 3 Jacket Potato bersaiz telapak tangan. INGAT !!! Makan panas - panas, kalau dah sejuk kurang sedapnya, tapi boleh terima tekak lagilah ye. 

Mini Trio Burger 



Comelkan burger - burger ni. Nak makan pun sayang sebab cute sangat. Tapi apakan daya, perut dah lapar, tak kisah comel ke tidak, yang penting kita ngap dulu. Di Mini Mini Cafe ni, Mini Trio Burger ini didatangkan dengan 3 jenis burger iaitu Ayam, Daging dan Salmon. Kalau ayam dan daging dah biasakan kan, tapi SALMON itu luar biasa. Uniknya Burger SALMON disini didatangkan dengan roti Mantou (Warna Putih) bagi menggantikan roti burger biasa. But, dont judge the book by its coverlah. Memang makan satu pun dah kenyang. Harga RM 19.90 ye. 

Nasi Lemak Ayam Berempah


Kepada yang tak suka makanan western, jangan risau, disini juga disediakan hidangan makanan melayu seperti Nasi Lemak + Ayam Berempah. Tak payah nak susah - susah cari Nasi Lemak Pandan yang sedap, kat sini pun sedap juga. APA yangs sedapnya? Tentulah rasa nasi lemak berwarna hijau tu yang aromanya begitu kuat, makan nasi pun dah sedap. Tak makan ayam berempah lagi. Set nasi ni didatangkan dengan Ayam Berempah, Telur Rebus, Timun, Kacang Bilis dan Papadom. Dengan nilai RM 16.90 korang akan kenyang sekenyang - kenyangnya. 

Mango Strawberry Lemongrass 


Akhir sekali, kalau dah makan, tentu nak minum kan. Kat sini, anda boleh cuba Mango Strawberry Lemongrass yang menggabungkan 3 rasa dalam 1. Minum minuman ini pastinya akan menyegarkan deria rasa, badan dan minda anda. Ececeh komen tak nak kalah kan. Kalau anda perasan, air ni didatangkan dengan Frozen Edible Flower yang boleh dimakan. Tapi kena tunggu ais cair lah ye. Only RM 13.90 saje. 

ALAMAT :
Mini Mini Cafe Lot No : T-005C & T-007A, Mid Valley Megamall, 3rd Floor, South Court 
FACEBOOK


Nak tahu update kat mana saya akan makan boleh LIKE page Roy Cari Makan 
Untuk Video boleh Tonton di YOUTUBE


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.