Pathiri Vs Roti Canai !!! Pilihan Korang ???


Roti Canai dan Meleis memang tak dapat dipisahkan. Sarapan pagi, petang mahupun makan malam memang sedap dapat makan roti canai kan. Part paling best lagi bila dapat makan panas - panas dan garing. Roy memang suka makan yang garing ni. Krunch - krunch je dalam mulut. Tapi kadang - kadang letak semua kuah jadilah roti canai banjir. Tentu korang ada yang sama macam Roy kan. Tapi taulah, Roy ni dah 'comel', so kenalah jaga makan sikit sebab kawan - kawan asyik perli je bila nak kurus. Drama kurus bukan main propa lagi nak DIET. Tapi nampaknya tak berhasil, bukan salah Roy pun, salahkan nafsu ni yang asyik nak makan je. 

Tapi sejak Roy pekena Pathiri ni, rasanya dah boleh tukar selera sebab sedap gak walaupun first time rasa. Owner suruh ambil banyak, tapi Roy ambil 3 keping je... sekali rasa.. Ya Allah. lembutnya dan TAK CUKUP. Ni roy kongsikan apa tu Pathiri kalau korang tak tahu lagi :

Berasal Daripada Selatan India


Pathiri ini adalah sejenis hidangan tradisional kaum Malbari daripada Selatan India dan dimakan pada waktu perayaan atau waktu senggang. Kebiasaanya Pathiri dimakan bersama dengan kuah kari atau dhal. Tapi di Malaysia, Pathiri kurang dikomersialkan kerana faktor pembuatannya yang agak rumit dan sukar. Kebiasaanya Pathiri hanya dimasak oleh keluarga kaum malbari untuk santapan keluarga sahaja. 

Tidak Berminyak Dan Mengenyangkan



Mungkin hidangan ini boleh dijadikan pengganti Roti Canai yang lebih berkalori dengan kandungan karbodhidrat dan lemak yang tinggi. Pathiri ni kalau korang nak tahu hanya guna 2 bahan asas sahaja iaitu Tepung Beras & Air Sahaja tau. Dan dimasak diatas kuali non stick tanpa menggunakan minyak. Maksudnya No Oil and Less Fat omputih kata. 

Kalau anda nak rasa makan Pathiri ni bolehlah pi ke alamat ni tau 

ALAMAT 
Stall Pathiri 86 (Hijo Cafe) Bersebelahan JAKEL Angsana JB

Tonton Video kat sini YOUTUBE






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.