Restoran Jannah, Bukit Jelutong, Shah Alam

Baru dibuka selama beberapa bulan, tapi dah crowded dengan pelanggan yang nak makan. Eh takkan nak shopping plak kat restoran kan. Untuk pengetahuan anda, RESTORAN JANNAH yang terletak di Bukit Jelutong (Berhampiran Zawara Coffee Bukit Jelutong) ini bertemakan makanan Arab dan Yaman. Istimewanya restoran ini adalah kesemua pekerjanya adalah datangnya dari Timur Tengah iaitu dari Yaman. Tentulah kesemua makanan yang dihidangkan pun air tangan chef sana kan. Pemiliknya adalah pasangan Engineer dan Arkitek yang berhijrah dari sana dan membuka restoran kat Malaysia. 


Pelbagai jenis seleksi makanan yang pastinya membuatkan perut anda lapar. Daripada hidangan appetizer, ke menu utama hinggalah makanan pencuci mulut, kesemuanya dijual dengan harga berpatutan. Tapi yang paling penting adalah rasanya memang terbaik sesuai dengan tagline "A Taste From Heaven". 

Shish Tawook RM16.00

Shish Shrimp RM 16.00

Haneth Lamb RM 17.00


ALAMAT 
Restoran & Kafe Jannah, Bukit Jelutong Shah Alam 
Waktu Operasi : 12.00 PM - 10.00 PM
Facebook : Restoran Jannah






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.