Spaghetti Cili Padi Pedas Nak Mati

Sebut sahaja Ramen Korea Brand Samyang, umum tahu tahap level kepedasan yang amat. Dan kali ini kita nak share kat korang Spaghetti yang juga boleh dijadikan sahabat Ramen Samyang tu. Menu pedas nak mati ni ada kat Restoran Shaqhell's yang terletak di Semenyih Sentral. Meskipun nampak luaran ianya seperti spaghetti cili padi biasa TAPI beza sebab kalau kat tempat lain, Spaghetti Cili Padi kebiasaanya menggunakan kuah masak lemak. Berbeza kat sini, hidangan ini ada influence nyonya mengikut kata ownernya. Ada campuran kari pada kuah membezaknnya dengan yang lain. Untuk rasa yang lebih KICK, Cili Sabah dicampurkan dan pemilihan cili ini adalah kerana tahap kepedasannya yang amattt walaupun sedikit je letak.

Spaghetti Cili Padi RM 14.00

Selain daripada Spaghetti, antara menu pelik dan lain macam kat kedai ini adalah Burger Daging Dendeng yang juga level pedasnya boleh tahan. Mayonis digantikan dengan sambal dendeng yang rasanya pedas, masam dan manis. Dimakan bersama bun, patty daging, salad, cheese sauce, cheese slice dan bawang. 

Burger Dendeng RM 9.00

ALAMAT

No 29-G Jln Semenyih Sentral 2, Semenyih Sentral
Semenyih
Tel : 012-656 3877 
Tak puas dengan review bertulis ? Boleh tengok video kat sini KLIK


Follow Akaun Rasmi Roy Cari Makan
Facebook : Roy Cari Makan
YouTube : Roy Cari Makan
Instagram : Roy Cari Makan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.