WOW !!! Hidangan Hawaiian Jepun Ni Dah Ada Kat Malaysia

Hi, mesti dah ramai terpinga - pinga makanan apa yang ada dah kat Malaysia ni kan. Ni kita nak share hidangan Poke ni. Poke ni dah lama popular kat oversea, tapi kat Malaysia ni baru je nak up up gitu. Walaupun dan beberapa tahun hidangan ni dah masuk Malaysia, tapi mesti ramai yang tak tahu apa benda alah ni kan. Samalaah, kita pun baru tahu lepas ke Paperfish yang ada kat TTDI ni. Poke ni adalah sejenis hidangan 'raw salad' yang diinspirasikan daripada hidangan Hawaiian dan Jepun (Kalau tak silap arr). 

Inilah Poke tu !!!
Senyum tanda lapar !!!

Melangkah masuk ke restoran ni, korang akan dapat tengok keadaan kedai yang santai dan simple. Sesuai untuk korang yang nak lepak sambil makan. Kat sini, ada pelbagai jenis POKE yang korang boleh pilih bergantung kepada selera. Dan ada beberapa step yang korang kena pilih sebelum dapat makan sebowl POKE ni. First korang pilih BASE (Nasi Putih/Nasi Perang) kemudian PILIH Protein (Salmon/Tuna/Shrimp) Ni beberapa POKE yang disuggestkan :

 Mango Salsa
Kalau korang yang suka hidangan makanan thai makcam nasi dengan kerabu mangga/papaya, kita suggestkan pilih yang ni. Kat sini selain shrimp yang dicampur bersama mangga, ada juga seaweed, daun bawang dan telur. Rasanya sebiji macam kerabu mangga tu, sebab ada masam - masam manis.

Umami Shoyu Tuna
Ni pula kalau korang suka rasa sushi yang cecah bersama kicap cair. This suit u lah ya. Selain ketulan segar tuna yang manis, ada lobak, timun jepun, edamami, tomato ceri, seaweed dan daun bawang.

Citrus San
Ni pun sedap gak, rasa kepingan salmon dengan sos dia perghhh sedap. Ada rasa daun limau sikit. So masam - masam limau tu.

Heat Wave
Yang sukakan pedas boleh try ni. Tapi ada lagi level yang pedas, yang guna cili padi. But yang ni pun dah pedas. Kalau yang tak nampak tu, kat bawah sayur n protein ni ada nasi. Jadi memang mengenyangkan betul. Kalau nak sihat, boleh try nasi perang sebab rasa pun sedap. Overall makanan kat sini tak mengecewakan. Selain tempatnya yang bersih dan strategik, ianya sesuai dijadikan lokasi untuk lepak sambil makan.

ALAMAT 
Paperfishmy
26, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.