Siapa pernah menikmati Nasi Beringin pasti tahu keenakan hidangan ni yang nampak ringkas, tetapi cukup sedap dan mengenyangkan perut yang dikala kelaparan. Warna kuning dengan ada rasa rempah seperti halia dan serai membangkitkan selera.
 |
Nasi Beringin + Papadom + Sambal Tumis + Acar |
|
Untuk yang craving nak makan Nasi Beringin yang sedap, saya syorkan datang ke
Restoran Selera Nasi Beringin yang terletak kat Segamat, Johor. Kalau datang dari Kuala Lumpur mengambil masa dalam 3 jam perjalanan. Walaupun jauh, pasti korang tak merasa menyesal datang ke restoran ni. Dengan konsep retro yang ditonjolkan, suasana yang sejuk dan santai membuatkan siapa yang datang akan jatuh hati. Yang penting adalah makanan dia yang enak banget. Ok sempena bulan kebangsaan ni, dorang ada nasi warna - warni. Nampak menarik dan rasa dia... masyaallah sedap sangat.
 |
Nasi Beringin Bendera |
 |
Sesuai untuk dimakan 4 orang |
Kat sini ada lebih daripada 25 jenis lauk yang anda boleh pilih dengan serendah harga RM 5.50 sepinggan bergantung kepada jenis lauk yang korang makan ye. Ni antara hidangan yang sempat saya rasa
 |
Daging Salai Masak Lemak |
 |
Udang Galah Masak Lemak |
 |
Ayam Masak Merah |
 |
Kari Ayam |
 |
Baung Masak Lemak |
 |
Gulai Kambing |
Lauk yang paling sedap adalahhhhhhh
Gulai Kambing yang cukup berempah dan lembut serta
Daging Salai Masak Lemak yang cukup rasa. Sekali cuba pasti teringat menu makanan ni.
ALAMAT
Restoran Selera Nasi Beringin
No 24 Jalan Utama 2/7, Taman Utama
85000 Segamat
Leave a Comment