Makan Angsa For The First Time

Sebut sahaja angsa, mesti semua 'nightmare' kan bila terbayangkan pengalaman disodok binatang ni masa kecik - kecik dulu. Tapi harini saya nak share port makan angsa kat sebuah restoran yang diusahakan oleh anak melayu. Angsa ni agak rare sebab tak banyak dijual secara komersial dan halal, 


Sign Board yang keren bak kata orang sebrang
Persinggahan food review kali ni kat Warong Cikgu Hashim yang terletak di TTDI Grove, Kajang. Kedai yang dibuka pada hujung tahun 2017 ni berkonsepkan makanan viral. Maksudnya macam - macam makanan ada kat sini, tinggal korang pilih je nak or tak nak. Suasana kedai yang cukup moden dan sedap mata memandang dengan ID yang tak crowded but nice je. Sesuai untuk yang nak makan or lepak. 

Kat sini banyak makanan dan yang paling rare adalah angsa. Korang boleh request masak apa je yang korang nak. Asalkan korang bayar ek.. hahhaa

Angsa Masak Gulai

Angsa Masak Lemak Belimbing Buloh

Angsa Masak Kicap Pedas

Untuk yang tak pernah rasa angsa, tekstur daging dia sangat lembut, cuma kat bahagian leher tu keras nak mampus. Lagi keras dari leher ayam tau. Rasa dia umpama gabungan kambing dan ayam dan warna daging bewarna gelap ye. Dagimg angsa tersenarai antara daging yang paling berkolesterol tinggi berbanding daging kambing or ayam, tapi sekali - sekala bolehlah kan. Nak request daging ni bersyarat .. korang kenal call untuk booking sebab daging sangat limited ye. Selain tu ni antara hidangan recommended lain 

Lobster Besaqq

Nasi Lemak Lobster Masak Buttermilk
Hidangan ni memang nampak mewah, tapi apa salah sekali sekali redeem urself an expensive treat sikit. Lagipun tak rugi makan ni. Nasi dia sedap penuh dengan rasa lemak dan sambal manis pedas. 

Murtabak Hindustan
Murtabak ni didatangkan dari Segamat, Johor. Kulit dia sedang - sedang tebal dan tak terlalu tebal. Isi melimpah banyak, dan telur tak banyak sangat. Sesuai untuk starter or menu minum petang. 

Tembikai Cikgu
Yang hantu air jus leh request ni. Sebiji dia bagi kau. Tak campuq air, just buah dan sedikit gula ja. Puas minum ni. Leh share sebab banyak giler. 

ALAMAT
Warong Cikgu Hashim 
No 45-G Wisma Rayyan, Jalan TTDI Grove 7/1
Taman TTDI Grove, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Tel 012 - 625 3501

Waktu Operasi 
7.30 am - 11.00 pm


Nak tahu harga dia, leh tengok video ni 






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.