Steak Sedap Bikin Ketagih

Hi guys lama dah aku tak menghupdate blog ni kan. Maklumlah terlalu fokus kat page dan youtube, sampai terlupa nak fokus kat blog. Entri kali ni aku nak share port makan kat NY Steak Shack yang aku confirm korang suka datang sini. 

Sharing Platters Promosi Terbaru 
Sebelum korang tanya HALAL ke TAK? Jawapannya HALAL ya. Terpampang kat depan kedai SIJIL from JAKIM tu. So takyah lah ragu - ragu nak makan. Ok berbalik kepada restoran ni, menu utama dia adalah steak dan memang steak dia sedap - sedap. Buat ketagih nak datang dua tiga kali. Kalau bab makan steak ni, aku paling concern dengan sos yang ada, kat sini sos lada hitam dia memang terbaik. Cukup rasa, dengan kepedasan yang tak pedas sangat dan sesuai dimakan semua peringkat umur. 



NY Steak Shack tengah buat promosi Sharing Platters yang menggabungkan 4 jenis pilihan menu iaitu Lamb, Beef, Seafood & Poultry (Ayam & Itik) sehingga 15 July 2018 . Dengan harga yang cukup berpatutan, korang boleh pilih 1 daripada set ini yang boleh dijamah 2-3 pax. Nampak macam sikit, tapiii Dont Judge The Books By its Cover kata omputih, kenyang kot.  Setiap set dihidangkan dengan Fries, Sayur Rebuih aka Steam dan  Nasi Labu (Pumpkin Rice). Setiap set ada sizzling ikut set, kalau beef set, dapatlah set beef, kambing dapatlah sizzling kambing dan etc. 

Beef Set 
Lamb Set 
Seafood Set
Poultry Set (Ayam & Itik)





ALAMAT
Website : http://www.nysteakshack.com/

FULL VIDEO REVIEW BOLEH TENGOK SINI !

jANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.