Nasi Kuning Makanan Wajib Di Tawau, Sabah

Sebut sahaja pasal makanan, ianya memang sinonim dengan rakyat Malaysia yang pastinya penggemar kepada makanan. Mana tidaknya, susahlah nak tengok kedai mamak kosong tanpa ada orang. Lagi - lagi tengah malam. 


Daripada tajuk pun korang tahukan aku nak bebel apa kat sini. Ye aku nak share sikit sapa yang nak pergi food hunting kat Sabah terutama Tawau, you should try local breakfast macam Nasi Kuning. Nak share location, rasanya berlambak yang sedap - sedap. But yang aku rasa salah satu tempat yang OK. Kedai Kopi Fauzan berdekatan dengan Kastam & Pelabuhan Tawau. Google je kedai tu sure korang tau dia kat mana. 

Nasi Kuning yang menyelerakan
Yang tak pernah rasa, mesti tak berkenan or sangka benda ni macam pulut kuning kan. No dear, tak sama. Rasa lemak santan nasi yang dimasak bersama kunyit, dimakan bersama sambal bali (seakan - akan sambal nasi lemak) dan extra add on macam telur rebus, keropok dan tempe. 

Mi Tauhu Penambat Selera
Selain tu, korang juga patut rasa Mi Tauhu. Gabungan antara Mi Goreng biasa yang dimakan bersama dengan Tauhu sumbat isi ikan berkuahkan kuah pekat bercampur sos tiram. Nampak je ringkas, but Dont Judge Book By Its Cover. 

Banyak lagi makanan sedap, cuma aku tak ingat lagi. Dah ingat aku share lah ye. Haah ni video aku review haritu : 




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.