Berlambak Seafood Atas Meja

Untuk yang suka makan makanan laut or seafood, aku aku nak share port yang korang boleh pergi makan sorang - sorang or masa buat gathering. Harga tak mahal sangat but affordable dengan kuantiti serta kualiti yang memang dijamin fresh dan sedap. 

Haah habiskan semua ni 
Kedai makanan ni namanya Just Seafood dan terletak di Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Korang boleh naik MRT je sebab lokasi dekat dan sangat strategik. Berhadapan Family Mart Sunway Giza je. Kat sini konsep dia all seafood. Dan seafood dia semuanya import sebab saiz - saiz dia agak besar.  

Besar kan tiram ni

Umhh Nyummy
Haah, menu pertama yang singgah kat perut ni adalah Tiram aka Oyster yang sangat fresh. Diimport dari Amerika, kalau mulut korang besar, boleh sekali telan. Aku terpaksa 2 kali suap sebab besar sangat. Hirisan lemon dan sedikit Tobasco atas Tiram ni .. umphhh sedapp. 

Kat Just Seafood ni ada 9 jenis sos yang korang boleh pilih. Ni aku tepek step - step nak order dan pilihan makanan yang korang boleh pilih 


Daripada 9 sos, aku rasa 3 TOP SOS yang BEST SELLER kat sini. 

The Original Cajun

Golden Salted Egg

Tomato Marinara

Daripada 3 sos ni, aku lebih suka Golden Salted Egg sebab rasa lemak dan telur asin dia bagi kat tekak aku ngam je. Sedap makan dengan nasi atau Mantau Bun dia. Kalau yang suka masam - masam, boleh try Tomato Marinara yang sure korang suka dengan rasa tomato yang agak masam - masam manis. Kat set ni ada benda yang memang sedap dan rasanya kat sini je ada iaitu .. jeng jeng jeng 

Kulit Ikan Patin
Haah, kulit ikan yang ranggup, pergh sedap sangat. Rasa crunchy je. 

ALAMAT 
Sunway Giza Mall
Kota Damansara, Selangor 

Nah video FULL kat sini 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.