myBurgerLab Bandar Sunway

Bagi anda yang tak tahu nak makan apa dan sering tercari - cari menu atau restoran yang menyajikan juadah unik, jangan risau harini saya nak kongsikan kepada anda menu unik di myBurgerLab iaitu Burger Petai. Mesti ramai yang berasa pelik gabungan Burger + Petai = Sedapkah?. Buat penggemar petai, anda patut cuba menu ni di sini.


1. Burger Petai (RM 18.50)



Mesti anda tak pernah terbayangkan menikmati sambal petai dengan burger kan. Di sini anda jangan terkejut kerana Burger Petai @ Stink Bomb ni memang dijual di restoran ini. Keenakan Roti Charcoal lembut bersama sambal petai yang tidak terlalu pedas, 1 patty daging/ayam, Keju Biru (Blue Cheese), Keju Cheddar dan hirisan Nenas cukup menggiurkan sesiapa sahaja yang menikmatinya. Apa yang sedap dengan menu ni tentunya sambal petai dan patty daging.

2. Beautiful Mess (RM 19.50)


Selain Burger Petai, saya sempat menikmati menu kedua yang cukup popular buat pengunjung yang datang ke restoran ini iaitu Burger Beautiful Mess. Menggunakan roti ban charcoal, burger ini sangat sedap dengan gabungan pelbagai jenis bahan di dalamnya. Bagi penggemar cendawan portobello, anda patut cuba burger ni. Cendawan Portobello yang garing, dan dinikmati bersama - sama dengan Keju Cheddar, Sos Mustard dan Telur Mata Kerbau memang sesuai bagi yang "gila" burger. Paling dinanti- nanti, bila kuning telur burger ni cair dalam mulut. Umphh terasa nikmatnya. 

3. Fat Elvis 

Okey ini salah satu menu yang anda mungkin kena cuba juga dan menu lagi rare dari burger petai. Dah nama pun fat elvis, kalau makan confirm besar macam roy. Bayangkan double patty dinikmati bersama keju cheddar, mentega kacang dan jem bluberi. Apa kata anda ? Yes or No? Bagi saya Yes kalau anda suka burger yang manis. Tapi yang tak gemarkan benda manis ni, baik jangan order ye. 

ALAMAT : (Cawangan Bandar Sunway)
3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
FACEBOOK :

* Untuk review restoran dan makanan jangan lupa saksikan segmen Roy Cari Makan setiap Sabtu di Nasi Lemak Kopi O TV9

Untuk Video Sila "Klik"













Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.