Spaghetti Percik Pedas & Lemak

Harini saya nak kongsikan tempat makan yang best buat Kelantanese or yang suka makan makanan dari Pantai Timur iaitu di Maxandcarl Kitchen, Ampang. Salah satu hidangan yang memang saya reccommend adalah Spaghetti dengan kuah percik yang baru sahaj diperkenalkan di restoran ini,

Spaghetti Percik RM 16.90
Untuk korang yang gemar makan pasta, korang should try this menu yang nampak simple, tapi rasa dia awesome sangat. Masyallah sedap sampai masa nak taip ni, masih lagi dapat rasa pedas - pedas lemak menu ni. Menu ni ada spaghetti, ketulan ayam dengan kuah percik dan kalau korang hantu pedas bolehlah request kepedasan yang tahap mana korang nak. 

Oh My Fish & Chips RM 16.90
Nampak macam biasa kan, tapi istimewa kat sini dorang tak guna Dory Fillet tau, tapi fresh siakap fillet. So rasa dia beza sikit. Lemak - lemak manis dengan rasa ikan tu. Crispy outside but nice inside. 

Laksam RM 8.90
Untuk yang sukakan menu tradisional negeri cik siti wan kembang boleh try Laksam Kelate ni. Kuah pekat dengan dapat rasa lagi tekstur ikan. Mi laksam dia yang lembut. Perghh, terangkat makan ni. 

Nasi Ulam Kota Bharu ( Ayam Percik ) RM 14.90
Nasi Ulam or Nasi Kerabu ni juga antara feveret, Nasi x berderai sangat (suka tekstur tu) dan padanan budu dan sambal dia memang heaven guys. Makan lagi dengan ayam percik bakar yang lembut isinya. Terliur semula pula.

Nachos RM 12.90
Kalau korang tak nak makan berat, kat sini pun ada light menu. Ni Nachos yang rangup disediakan bersama tomato salsa yang masam - masam manis sikit. 

Pane Mushroom Soup RM 13.90

Ni antara starter feveret. Suka makan roti dengan sup cendawan dia yang tak pekat dan tak cair. Sup krim cendawan butang ni antara hidangan popular kat sini tau. 

Maxandcarl Geramnya
Geram je tengok ni kan. Ni antara minuman yang saya pilih. Kalau korang yang gila coklat, patut cuba ni tau. All about chocolate ye. 

ALAMAT
Maxandcarl Kitchen
G-20, Jalan Dagang B 3/A
Dagang Avenue, Taman Dagang
Ampang, Selangor

Tak puas review bertulis? Boleh tengok kat sini



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.